Aqiqah Itu Mudah

Pilihan yang MUDAH dan MENJIMATKAN MASA bagi warga Lembah Klang menjalankan Aqiqah. Easy Aqiqah menyediakan kambing berkualiti dari ladang terus ke rumah-TERJAMIN !

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca kandungan di website Easy Aqiqah. 

Sebelum menerangkan bagaimana Easy Aqiqah menjadikan majlis aqiqah anak anda lebih mudah dan menjimatkan masa, izinkan saya untuk mengenalkan diri. Nama saya Md Saleh berusia 32 tahun dan berasal dari Slim River, Perak. Kini bergiat aktif dalam aktiviti penternakan ruminan iaitu kambing dan biri-biri.

Kelahiran anak merupakan impian setiap ibu bapa bagi sesebuah keluarga. Anak merupakan seri penghias dan penyejuk mata sesebuah keluarga. Tambahan pula bagi yang pertama kali menyambut kelahiran insan yang begitu istimewa ini, tidak ada perasaan yang boleh diterjemah dengan kata-kata. Anda baru sahaja mendapat cahaya mata? Wah! Tahniah saya ucapkan kepada anda sekeluarga. Semoga bertambah rezeki anda dan kemesraan terus berkekalan hingga ke syurga.

Selepas kelahiran anak-anak, pasti perkara yang sedang dipertimbang oleh anda adalah untuk menyempurnakan majlis aqiqah anak-anak seawal usia 7 hari. Anda sebagai bapa pastinya terlintas di fikiran untuk mengadakan majlis aqiqah bagi anak samaada anak lelaki atau anak perempuan. Memandangkan isteri baru selesai melahirkan anak dan sedang berpantang, pastinya tugas mengadakan majlis aqiqah terletak di bahu anda.

Sebelum itu, mari kita lihat beberapa perkara yang berkaitan dengan ibadah aqiqah ini supaya kita faham dan jelas berkenaan aqiqah. Semoga segala kekeliruan atau tanda tanya berkenaan majlis aqiqah yang akan diadakan kelak dapat diuraikan.

Easy Aqiqah adalah perkhidmatan jualan kambing yang membantu ibu bapa mendapatkan kambing aqiqah yang terjamin halal serta bermutu tinggi. 

Tidak seperti perkhidmatan jualan kambing yang lain, Easy Aqiqah memudahkan anda memilih serta menyembelih sendiri kambing aqiqah di ladang yang terjaga rapi dalam tempoh masa setengah jam sahaja.

Biri-biri untuk Aqiqah
Pelbagai pilihan kambing dan biri-biri
Kambing untuk Aqiqah

Aqiqah boleh membawa dua maksud samaada dari segi bahasa atau istilah. Dari segi bahasa, Aqiqah berasal dari perkataan bahasa Arab yang membawa maksud potongan. Dari perkataan lain AL-Aqiq membawa maksud rambut yang tumbuh di kepala bayi yang baru dilahirkan.

Menurut Imam Syaukani, Aqiqah membawa maksud sembelihan untuk bayi. Aqiqah menurut istilah Syara' adalah sesuatu (haiwan ternakan) yang disembelih ketika anak yang dilahirkan.

Seperti yang diterangkan oleh penceramah yang tidak asing lagi, Ustaz Azhar Idrus di dalam video di atas:

  • Aqiqah adalah sunat kecuali jika kita bernazar maka hukumnya wajib.
  • Aqiqah hanya diadakan SEKALI sahaja bagi setiap kelahiran.
  • Pihak yang bertanggungjawab mengadakan Aqiqah adalah penjaga bagi bayi tersebut.
  • Daging Aqiqah boleh diedar secara MENTAH atau DIMASAK (berkuah atau golek).

Nikmati 10 kelebihan yang akan anda dapat apabila mengadakan Aqiqah bersama Easy Aqiqah.

  • Boleh walk in ladang Goat2Go 7 hari seminggu.
  • Boleh memilih sendiri kambing atau biri-biri yang disukai (saiz telah diasingkan).
  • Boleh memilih untuk menyembelih sendiri (dengan bantuan staf).
  • Kambing dan biri-biri diberi makan napier yang ditanam sendiri.
  • Menjimatkan masa.
  • FREE Delivery sekitar Lembah Klang.
  • Ladang berkonsep ladang moden yang tidak berbau busuk dan bersih.
  • Rumah sembelihan di ladang juga.
  • Caterer memasak yang berpengalaman luas memasak menu berkaitan kambing.
  • Semua kambing atau biri-biri adalah jantan.

WALK IN di ladang Isnin-Ahad

Kami amat memahami keadaan anda yang tinggal di Lembah Klang. Kesuntukan masa akibat kerja seharian menyebabkan masa untuk mencari kambing hampir tiada. Disebabkan itu, ladang kami dibuka setipa hari. Yea...SETIAP HARI! Ini memudahkan anda untuk datang ke ladang mengikut masa yang anda rancang sendiri. Kemudahan ini akan mengelakkan anda tergesa-gesa datang ke ladang. Pastinya perjalanan akan lebih tenang, selamat dan dapat mengelakkan terperangkap dalam keadaan sesak jalan raya.

MEMILIH sendiri jenis dan saiz kambing/biri-biri 

Memandangkan ladang kami OPEN kepada semua pengunjung, anda dapat melihat sendiri saiz, keadaan fizikal dan kesihatan kambing di ladang. Pastinya anda mahukan haiwan yang sihat dan tidak cacat bagi ibadah AQIQAH anak anda. Kami mahu anda merasa puas hati dengan setiap belanja yang dikeluarkan bagi membeli kambing di sini. Ini juga memudahkan anda memlih kambing yang sesuai dengan bilangan jemputan yang akan hadir ke majlis AQIQAH yang anda bakal laksanakan. Pasti berbaloi!

RUMPUT NAPIER ditanam sendiri

Cara penjagaan dan pemakanan kambing memberi kesan kepada saiz dan tekstur daging. Bagi menjamin tumbesaran haiwan yang terbaik, kami menanam sendiri RUMPUT NAPIER iaitu makanan utama bagi kambing. Napier yang ditanam sendiri ini menjamin rumput tersebut bebas dari racun serta tidak terlalu tua untuk menjadi makanan kambing. Tekstur daging yang terhasil pastinya lembut serta berkualiti tinggi. Daging yang dimasak atau digolek ini tentunya mudah masak serta lembut. Para tetamu anda pasti gembira dan memuji-muji. Alhamdulillah.

SEMBELIH sendiri

Tidak terbayang perasaan ibu bapaapabila mendapat cahaya mata. Terutama yang pertama kali menimang cahaya mata. GEMBIRA? Lebih dari itu. Kegembiraan ini diserlahkan dengan kita membuat majlis AQIQAH. Kami memberi peluang untuk anda merasai sendiri pengalaman menyembelih kambing untuk majlis AQIQAH anak anda. Anda dapat menyaksikan sendiri kambing yang anda pilih disembelih depan mata dan pastinya sembelihan dilakukan mengikut syariat supaya SUCI dan HALAL dimakan. Pengalaman ini menjadi lebih bermakna dan pastinya tidak dapat dilupakan sama sekali.

JIMAT MASA + WANG 

Anda boleh walk in ke ladang atau hanya booking secara online. Jika anda datang ke ladang, setelah memilih kambing yang dikehendaki...hanya setengah jam diperlukan untuk kambing tersebut siap disembelih, dilapah dan dicincang. Anda tidak perlu tunggu berjam-jam di ladang. Jika anda ingin supaya daging kambing/gulai kambing dibawa ke rumah anda, kami akan bungkuskan dengan rapi dalam bekas polister. Tak perlu bersesak dalam kesesakan lalu lintas. anda juga dapat jimat tol. Paling best, daging terjamin segar sampai ke depan rumah anda. 

FREE DELIVERY

Kami menyediakan FREE Delivery jika anda mengambil pakej memasak atau kambing golek. Ini bagi memudahkan urusan anda bagi menjalankan majlis AQIQAH. Anda akan dapat menjimatkan masa serta pastinya minyak dan tol juga dapat dijimatkan. bagi pakej kambing golek, kami turut sertakan side dish serta dua staf untuk menggolek dan slice kambing tersebut. Anda hanya perlu menyediakan tempat, kami datang hantar ke depan rumah anda. Mudah !

LADANG MODEN

Ladang Goat2Go yang berkonsep ladang moden bukan sahaja selesa bagi pengunjung tetapi juga berkonsep santai serta sesuai untuk sebarang majlis termasuk majlis AQIQAH. Semua sisa najis dan sisa organ dalaman kambing diurus dengan baik. Ini menyebabkan suasana ladang tiada bau yang kurang menyenangkan. Ladang juga selamat dan sesuai untuk diadakan majlis AQIQAH. Owh jangan bimbang, anda  tiada sebarang bayaran tambahan yang perlu dikeluarkan jika anda ingin mengadakan majlis AQIQAH di ladang kami apabila memilih pakej GOLEK.

RUMAH SEMBELIHAN di ladang

Ladang Goat2Go bukan sekadar ladang kambing tetapi juga lengkap dengan rumah sembelihan sendiri. Ini antara keunikan ladang dimana anda boleh merasa pengalaman sendiri menyembelih sendiri kambing atau biri-biri bagi AQIQAH anak anda. Setelah kambing dipilih, kambing boleh terus disembelih atau anda boleh datang pada tarikh yang ditetntukan oleh anda. Proses penyembelihan akan menjadi mudah serta menjimatkan masa anda. Di samping itu, segala proses dari memilih kambing hingga penyembelihan serta lapah dibuat didepan mata. Anda pasti 100% berpuas hati kerana kambing yang disembelih sepenuhnya diserahkan kepada anda tanpa keciciran.

CATERING BERPENGALAMAN

Seperti yang anda ketahui, bukan semua orang mahir untuk memasak hidangan yang melibatkan kambing atau biri-biri. Jika tersalah ramuan atau cara, hidangan mungkin liat serta berbau kuat untuk dimakan. Jangan bimbang! Kami menyediakan chef yang berpengalaman samaada untuk memasak atau menggolek. Memandangkan dapur di ladang juga, daging kambing yang disembelih bagi AQIQAH terjamin segar serta terjamin kualiti. Kepuasan anda keutamaan kami.

KAMBING JANTAN SAHAJA

Kami prihatin tentang pilihan kambing atau biri-biri yang diberikan kepada anda. Disebabkan antara syarat sah binatang AQIQAH adalah tidak bunting, kami hanya menyediakan kambing jantan sahaja di ladang. Anda tidak perlu rungsing atau risau jika setelah disembelih, ada anak di dalam perut kambing yang disembelih. Ini memberikan ketenangan dan kepuasan yang optimum kepada anda.

Hubungi kami seperti di bawah:

019-596-6575